Kelas Asas Ict (Microsoft Word)
26 Februari 2019 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Repek, 25 Feb 2019 - Pusat Internet Repek telah mengadakan Kelas Asas ICT kepada pelajar Sekolah Menengah Sri Kiambang. Kelas ICT adalah satu siri kursus yang berorentasikan memberi pemahaman dan mempertingkatkan kemahiran peserta untuk celik ICT dan meningkatkan kemahiran menulis mengunakan Microsoft Word. Kelas ini dengan tujuan untuk melahirkan peserta yang celik ICT dan memberi pendedahan yang sewajarnya tentang penggunaan ICT dalam melakukan kerja sekolah dan penggunaan ICT untuk harian.
Peserta diberikan penerangan tentang cara-cara untuk menulis, penerangan tentang papan kekunci, tulisan yang boleh digunakan, saiz tulisan dan yang berkaitan dengan perisian ini. Selain itu juga peserta diajar cara memuat turun gambar dan memnyinpannya ke dalam Komputer seterusnya memuat naik gambar ke dalam Microsoft Word. Kelas yang bermula pada jam 2 petang itu berakhir pada jam 6.00 petang dan melibatkan 6 orang peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: